Hari ni mak iti nak kongsi petua kecantikan sikit. Mak iti tahu semua orang nak kulit cerah kan. Semua orang boleh dapat kulit cerah, licin dan gebu. Cuma yang membezakan nya adalah usaha. Kalau nak cantik tapi malas memang tak ke mana la kan. Mak iti tahu ada yang memang beruntung dilahirkan dengan wajah yang cantik dan tak bermasalah. Tapi ada juga yang terpaksa berusaha sedikit untuk tampil cantik.
Petua-petua yang mak iti akan kongsikan ni melibatkan pemakanan. Untuk yang tepek-tepek kat muka tu nanti mak iti buat entry lain ye. Lagipun petua pemakanan untuk kulit cantik ni lebih tahan lama dan selamat. Mungkin cara ini sedikit lambat.Tapi amalan pengambilan makanan ini secara berterusan akan membuatkan korang akan nampak kesan jangka panjang yang mengagumkan.
Kunci utama untuk kulit cerah melalui pemakanan adalah dengan mengambil makanan yang tinggi anti-oksidan. Sebagaimana yang kita tahu sebab kepada kegelapan adalah kerana jumlah melanin yang ada dibawah lapisan kulit. Semakin sikit melanin, semakin cerah kulit seseorang itu. Dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan anti-oksidan, ia boleh membantu badan menterbalikkan melanin kepada sejenis bahan yang tidak berwarna, dan menghalang pembentukan melanin. Vitamin c, Antosianin dan Lycopene adalah penghalang pembentukan melanin yang terbaik.
~ Makanan kaya dengan Antosianin
Antosianin merupakan anti-oksidan yang paling berkesan lebih dari 50 kali ganda dari Vitamin E dan 30 kali ganda lebih baik dari Vitamin C. Antara makanan yang tinggi kandungan Antosianin adalah seperti :
- Beri hitam & Beri Lain-lain seperti raspberry, blackberry, blueberry, bilberry, elderberry, kranberi dan lain-lain lagi
- Ceri
- Black currant
- Anggur muscadine dan anggur-anggur lain
- Plum
- Delima
- Terung
- Asparagus
- Kobis ungu
~ Makanan tinggi Lycopene
Lycopene juga merupakan anti-oksidan yang lebih berkesan dari vitamin C. Antara makanan yang tinggi Lycopene adalah :
- Jambu batu
- Tembikai
- Tomato
- Betik
- Lada Benggala Merah
- Lobak
- Asparagus
- Kobis Ungu
~Makanan tinggi vitamin C dan E
Vitamin C dan E sangat biasa ditemui di dalam makanan. Antara makanan yang mengandungi sumber vitamin C dan E yang tinggi adalah :
- Sayuran hijau
- Kiwi
- Brokoli
- Buahan sitrus
- Tomato
- Bayam
- Almond
- Kuaci
- Minyak zaitun
- Avocado
- Labu
Senang je kan nak dapatkan makanan-makanan ni. Korang cuma perlu makan setiap hari dengan kuantiti yang sedikit. Korang jugak boleh ambil makanan berbentuk tablet seperti tablet Vitamin C untuk penyerapan yang lebih cepat.
Oleh sebab mak iti ni pengedar shaklee yang best, mak iti akan syorkan korang amalkan supplement dari shaklee yang sememangnya berkesan, selamat dan mesra alam. Antara sebab kenapa korang mesti pilih supplement adalah :
- Tidak mudah busuk seperti buah
- Tidak mudah layu seperti sayur
- Tidak perlu diproses oleh badan untuk mendapat zat dari makanan
- Mudah diserap oleh badan
- Tidak perlu bimbang dengan kehilangan zat dari makanan
- Mudah di bawa ke mana-mana
- Tidak perlu beli setiap hari untuk dapatkan zat yang segar
- Bekalan sehingga 6 bulan
- Harga yang mampu beli
- Vivix
- SR Vita C
- Vitamin E Complex
No comments:
Post a Comment