Apa Kegunaan Lemon Untuk Kecantikan



Hari ni mak iti nak share tentang lemon. Selain boleh guna untuk memasak, lemon terkenal sebagai bahan untuk kecantikan. Sebab lemon ada vitamin C kan. So, kalau terbeli buah lemon banyak-banyak sebab kebetulan pergi pasaraya lemon tengah ada jualan murah tu, boleh la buat macam-macam. Takde la memburuk dalam peti ais je kan. Suka mak iti nak ingatkan petua-petua ni hanya sesuai untuk orang yang RAJIN sahaja..

~ menanggalkan kotoran pada kuku
Cuba korang cek kuku sekarang. Kuku korang cantik tak? Kebiasaan ibu-ibu akan mengalami masalah kuku sedikit kuning akibat aktiviti memasak. Perokok juga ada yang mengalami masalah kuku kuning akibat merokok. Untuk menghilangkan kesan kuning tersebut, rendam kuku dalam jus lemon selama 5-10 minit, insyaallah kesan kuning itu akan hilang.




~ Rambut sihat dan bermaya
Jadikan air perahan lemon yang dicapur dengan air suam sebagai bilasan rambut korang.  Masukkan 1-2 sudu jus lemon ke dalam secawan air suam dan bilas rambut dan bilas lah rambut korang. Rambut korang akan nampak lebih sihat dan wangi.


~ Menghilangkan bintik hitam dan tanda regangan kulit
Lemon adalah agen pencerah semulajadi.Campurkan beberapa jus lemon dan minyak badam bersama-sama madu dan sapukan ke kawasan kulit gelap atau stretch mark, biarkan selama 5-10 minit, kemudian bilas. Tanda-tanda akan mula nyata pudar bila diamalkan secara berterusaan.


~ Menghilangkan kelemumur
Kalau korang ada masalah kelemumur yang teruk dengan kulit kepala berminyak, cuba amalkan petua ni. Campurkan 2 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar madu dan sapu pada kulit kepala. Basuh dengan syampu seperti biasa. Amalkan 2-3 kali seminggu. Insyaallah kulit kepala korang akan kembali sihat.



~Homemade skrub muka
Campurkan satu sudu jus lemon dengan 2 sudu besar yogurt kosong, 2 sudu besar oat dan satu sudu madu (campurkan semua bahan dan tunggu sehingga oat menjadi lembut, tambah sedikit air jika perlu), dan gosok  perlahan-lahan dan korang akan lihatkulit korang akan sedikit menggelupa. Petua ni sangat sesuai untuk orang yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Sifat madu dan lemon yang antibakteria akan membuatkan liang roma korang bersih dan susah terkena jangkitan.



~Homemade skrub badan  
Belai tubuh korang dengan buat scrub sendiri yang lebih murah dan mudah. Campurkan 1 biji jus lemon dengan setengah cawan minyak zaitun dan secawan garam laut. Gosok perlahan-lahan pada tubuh dengan menggunakan kulit lemon yang di perah tadi. Minyak zaitun berfungsi melembapkan kulit, Garam laut bertindak sebagai menanggal daki dan selkulit mati dan limau akan membuatkan anda berasa bersih dan segar. 



~Pemutih Gigi Semulajadi
Untuk gigi putih berkilau, campurkan 1 sudu teh jus lemon dengan 1 sudu teh soda bikarbonat dan campurkan dengan ubat gigi korang. Disamping gigi putih berkilau, nafas korang pun lebih wangi. Tapi jangan amalkan setiap hari, cukup sekadar seminggu sekali kerana ia boleh membuatkan gigi korang sensitif.
 


Korang-korang yang takde buah lemon tapi nak jugak try petua ni boleh la ganti lemon ni dengan tablet Vitamin C. Sebab kandungan nya sama. Sekian petua dari mak iti pada hari ini..



No comments: