Atasi Kulit Kusam

TAHUKAH ANDA??

~ Sel kulit cuma hidup selama 21 hari
~ 40,000 sel kulit mati akan hilang daripada kulit pada setiap minit

sel kulit mati
Ni la sel kulit kita yang dah mati. Kalau la sel-sel ni tak dibuang maunye kulit kita tak kusam kan. Sebab tu la kita kena jaga kulit untuk tampil cantik. 

FAKTOR KULIT KUSAM

Faktor Luaran :
  • Pencemaran 
Dengan tahap pencemaran udara sekarang ni memang tak dinafikan lagi boleh membawa kepada kekusaman kulit wajah kita. Pagi-pagi pergi kerja mekap siap-siap, sampai pejabat dah bertambah 'mekap' asli dari luar kan. Dengan asap kenderaan, asap rokok, debu, semua tu menyumbang kepada kekusaman kulit kita.

  • Penggunaan kosmetik
Korang kalau pakai mekap tengok-tengok la jugak kandungan nya ye. Jangan main beli sebab cantik je. Kosmetik yang 'berpenyakit' ni boleh menyebabkan wajah korang makin hari makin kusam. Jadi berhati-hati memilih barang kosmetik.

  • Sinaran UV
Korang mesti akan terdedah dengan cahaya matahari kan. Kecuali kalau korang kerja dalam bangunan dan tak keluar langsung.Pergi kerja sebelum terbit matahari, balik kerja lepas magrib. Memang selamat dari sinar UV. Tapi sekarang banyak dah produk yang ada perlindungan kulit. Jadi korang akan sedikit selamat.

 
Faktor Dalaman :
  • Toksin dalam badan
Kalau korang perasan, walau korang muka bersih sekali pun, kulit korang masih nampak kusam. Kenapa? Kerana toksin la tu. Kalau korang nak test senang je. Cuba korang jangan membuang selama 2 hari, korang tengok betapa teruknya wajah korang. Sebab tu orang yang berwajah kusam ni mengalami masalah sembelit. Sebab toksin tak dibuang.
 
  • Stress
Kalau orang tengah stress korang rasa ada muka berseri tak? Sebab tu orang cakap stress boleh buat kita nampak tua. Muka memang cepat kusam bila stress.

  • Kurang tidur
Ni biasa berlaku pada pelajar. Konon buat assignment. Padahal tengok cerita korea sampai pkul 4 pagi. Ye tak. Korang tengah belajar pun muka dah kusam, nanti nak mintak kerja orang pun confius betul ke baru lepas graduate kan.haha...>.<

  • Pemakanan
Pemakan yang tak seimbang boleh buat kulit korang kusam. Contohnya pengambilan makanan bergoreng yang banyak memang tak elok untuk kulit. Pemakanan ni jugak mempengaruhi sel kulit korang. kalau sel kulit korang cantik, so dia akan duplicate sel yang cantik. Tapi kalau sel kulit korang dah kusam/rosak, maka dia akan duplicate sel yang sama. So sampai bila-bila kulit korang akan kusam. Baca pasal sel duplicate sel di SINI.


TIPS ATASI KULIT KUSAM

  • Cuci  muka
Wajib cuci muka bila balik ke rumah sebab tak nak la kotoran lama-lama singgah kat muka. Karang ada tetamu tak di undang pulak kan. Tak kisah la korang tak pakai mekap sekali pun. Kalau korang jenis yang duduk kat rumah je, cuci muka dengan air suam je dah cukup. Kalau terlebih rajin, korang boleh amalkan pakai pelembap dan penyegar. Ni akan buat kulit korang lagi bersih berseri.

  • Scrub
Pakai scrub sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk buang sel kulit mati. Sel kulit mati ni kalau lama-lama tak dibuang boleh menyebabkan kulit korang gelap. Korang tak nak kan. So scrub muka korang. Tapi jangan srub tiap-tiap hari pulak. Karang tanggal kulit muka korang. Mak iti tak nak kawan. haha..


  • Mask
Pakai mask sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mask ni ada macam-macam fungsi. Ada yang untuk tegangkan kulit, untuk buang black/white head, untuk bagi segarkan kulit. Korang boleh pakai mana-mana yang korang nak. Paling mudah dan murah, korang sapu putih telur. Mask jugak tu..:)

  • Sunblock
Pakai la pelindung/sunblock bila nak keluar. Malaysia ni panas. Berdiri 5 minit tunggu bas hari-hari kat bawah bumbung pun boleh jadi gelap. Jadi sunblock tu penting. 



  •  Amalkan suplemen
Seboleh-bolehnya amalkan pengambilan suplemen anti-oksidan seperti Vitamin C dan E untuk melindungi dari radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel. Bila sel rosak, badan pun tak bermaya, kulit pun nampak kusam. Kalau boleh cari lah suplemen yang semulajadi, bukan yang sintetik.

  • Minum banyak air masak
Kalau korang tepek bedak sejuk, krim malam, krim siang bagai, kulit korang cuma cantik kat luar. Toksin dalam badan tetap akan buatkan kulit korang tak bermaya akhirnya. Orang cakap kecantikan dalaman tu akan menyerlahkan kecantikan luaran. Memang kena sangat la kat sini. Buang toksin dalam badan, kulit korang akan lebih berseri. Badan pun lebih sihat.

 
nak kulit cantik macam ni?

 
So, dah tahu macam mana nak atasi kulit kusam kan. Sila la beramal ye. Jangan baca je lepas tu komplen kulit tak cantik tiap kali tengok cermin.. Selamat beramal..:)



No comments: