Kebaikan Puasa Pada Kesihatan

 
 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu'aim: 
 
"Berpuasalah maka kamu akan sehat."
 
Selepas mak iti membaca beberapa artikel, dapat la mak iti simpulkan bahawa puasa bukan untuk mendidik dalaman kita je. Puasa juga bagus untuk kesihatan kita. Ye la, tak kan Allah saja-saja suruh kita puasa kan, mesti ada beribu hikmahnya..:)

Antara hikmah berpuasa bagi kesihatan :

1. Puasa Menggalakkan Penurunan Berat badan

Puasa dapat menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Lemak akan dibakar ketika kita lapar. Walau bagaimanapun puasa bukan strategi penurunan berat badan yang baik sekiranya kita berbuka mengikut nafsu. Korang faham kan,  elok-elok lemak dibakar masa siang hari, lepas berbuka korang tambah balik lemak yang ada. Tambah lebih banyak pulak tu. Jadi berpada-pada la ketika berbuka dan bersahur. Bersederhana itu lebih elok..

2. Puasa Menggalakkan Proses Penyahtoksin

Kebanyakan toksin ini disimpan dalam lemak. Bila lemak dibakar, secara tidak langsung toksin juga keluar. Proses lemak dibakar secara berpanjangan ini membantu toksin dikeluarkan secara perlahan-lahansecara semulajadi. Sebab tu kita wajib puasa sebulan di bulan Ramadhan.

3. Puasa Menggalakkan Fungsi Otak


Semasa berpuasa, organ-organ pencernaan berehat. Tiada makanan untuk dihadam dan menyebabkan tenaga yang digunakan untuk penghadaman lebih tertumpu kepada otak. Ini akan membuatkan otak kita dapat bekerja dengan lebih baik.

4. Puasa Memstabilkan Tekanan Darah dan Kadar Gula

Puasa adalah proses merehatkan beberapa organ-organ dalam badan. Bila organ-organ badan ini dalam keadaan rehat, ia dapat mengembalikan dan menstabilkan kembali fungsi organ tersebut. Secara tidak langsung ini akan menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah.

5. Puasa Meningkatkan Imunisasi badan

Berpuasa akan merehatkan beberapa organ dalam tubuh kita sehingga metabolisme dalam tubuh pun tidak seaktif di bulan yang lain. Hal ini tentu saja menambah daya tahan sistem imun kita kerana puasa akan mengurangkan pengeluaran sebatian oksigen yang bersifat racun yang boleh membahayakan tubuh dan membuangnya.

6. Puasa Merehatkan Sistem Pencernaan

Dengan berpuasa, perut akan berehat dari mengalami proses penghadaman dan pencernaan. Ini akan dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit seperti kanser usus dan sakit perut akibat ketidakhadaman.

Jadi, jangan tinggal puasa ye dan rajin-rajin la berpuasa sunat..:)




No comments: