Resepi Ikan Bawal Masak Masam Manis

Sebelum berbuka hari ni mak iti nak share resepi ikan bawal masak masam manis yang mak iti masak untuk menu berbuka. Simple aje..:)

Bahan-bahan :

1 ekor ikan bawal hitam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar sos cili
1 biji buah tomato di potong dadu
garam
gula
air
minyak masak

* adalah bahan yang perlu dikisar

Cara membuatnya :

1. Goreng ikan bawah yang disalut garam dan sedikit kunyit sehingga garing. Ketepikan.
2.  Dengan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan tomato dadu. Goreng sekejap. Masukkan sos tomato dan sos cili. Tambah sedikit air. Kacau rata dan biar mendidih.
3. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kalau nak manis boleh tambah lebih gula. Kacau sehingga sebati dengan api kecil. Curahkan ke atas ikan. Hidangkan..

Taraaa.....
Mak iti masukkan kacang panjang yang ada dalam peti ais. nampak sikit ada kaler-kaler..hihi..



Senang kan..Selamat mencuba..:)



Kebaikan Puasa Pada Kesihatan

 
 
Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu'aim: 
 
"Berpuasalah maka kamu akan sehat."
 
Selepas mak iti membaca beberapa artikel, dapat la mak iti simpulkan bahawa puasa bukan untuk mendidik dalaman kita je. Puasa juga bagus untuk kesihatan kita. Ye la, tak kan Allah saja-saja suruh kita puasa kan, mesti ada beribu hikmahnya..:)

Antara hikmah berpuasa bagi kesihatan :

1. Puasa Menggalakkan Penurunan Berat badan

Puasa dapat menggalakkan penurunan berat badan dengan cepat. Lemak akan dibakar ketika kita lapar. Walau bagaimanapun puasa bukan strategi penurunan berat badan yang baik sekiranya kita berbuka mengikut nafsu. Korang faham kan,  elok-elok lemak dibakar masa siang hari, lepas berbuka korang tambah balik lemak yang ada. Tambah lebih banyak pulak tu. Jadi berpada-pada la ketika berbuka dan bersahur. Bersederhana itu lebih elok..

2. Puasa Menggalakkan Proses Penyahtoksin

Kebanyakan toksin ini disimpan dalam lemak. Bila lemak dibakar, secara tidak langsung toksin juga keluar. Proses lemak dibakar secara berpanjangan ini membantu toksin dikeluarkan secara perlahan-lahansecara semulajadi. Sebab tu kita wajib puasa sebulan di bulan Ramadhan.

3. Puasa Menggalakkan Fungsi Otak


Semasa berpuasa, organ-organ pencernaan berehat. Tiada makanan untuk dihadam dan menyebabkan tenaga yang digunakan untuk penghadaman lebih tertumpu kepada otak. Ini akan membuatkan otak kita dapat bekerja dengan lebih baik.

4. Puasa Memstabilkan Tekanan Darah dan Kadar Gula

Puasa adalah proses merehatkan beberapa organ-organ dalam badan. Bila organ-organ badan ini dalam keadaan rehat, ia dapat mengembalikan dan menstabilkan kembali fungsi organ tersebut. Secara tidak langsung ini akan menstabilkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah.

5. Puasa Meningkatkan Imunisasi badan

Berpuasa akan merehatkan beberapa organ dalam tubuh kita sehingga metabolisme dalam tubuh pun tidak seaktif di bulan yang lain. Hal ini tentu saja menambah daya tahan sistem imun kita kerana puasa akan mengurangkan pengeluaran sebatian oksigen yang bersifat racun yang boleh membahayakan tubuh dan membuangnya.

6. Puasa Merehatkan Sistem Pencernaan

Dengan berpuasa, perut akan berehat dari mengalami proses penghadaman dan pencernaan. Ini akan dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit seperti kanser usus dan sakit perut akibat ketidakhadaman.

Jadi, jangan tinggal puasa ye dan rajin-rajin la berpuasa sunat..:)




1 Ramadhan 2014


Alhamdulillah, 1 Ramadhan 1435h tahun ini jatuh pada 29 Jun. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat bulan yang penuh keberkatan ni. Semoga bulan ini dapat meningkatkan lagi keimanan kita.Jom kita tambah pahala banyak-banyak kerana bulan ni segala kebaikan akan dilipat gandakan ganjarannya..(:

Sempena bulan yang mulia ini juga mak iti ingin merasmikan blog mak iti ni. Semoga blog ini dapat memberi manfaat pada semua. aminn..
Dengan lafaz 

 

mak iti merasmikan blog mak iti ini..(^_^)